04 August 2022

14 OGOS INI - AIZAT BAKAL NIKAH PENGURUS SENDIRI



Selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta, penyanyi Aizat Amdan akhirnya bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan juga pengurusnya, Elyssa Alia Ilias. Dalam pada itu, Aizat berkata dia turut mencipta lagu khas buat bakal isterinya itu berjudul 'Hanya Kita Dua'.


"Insya Allah saya akan berkahwin dengan jodoh saya pada minggu depan. Kami bertemu dalam hampir tiga tahun dan mulanya sahabat saja. Bila lama-lama, secara semula jadi bercinta dan timbul hasrat untuk berkahwin.

"Lagu Hanya Kita Dua istimewa sebab saya tujukan kepada dia. Lagu kahwin selalunya perlahan, santai, tapi saya nak buat lagu yang lebih 'funky'. Ia lagu keraian sebab terlalu gembira jumpa seseorang yang istimewa.

"Dia seorang yang berbeza, petah bercakap, dan tenaganya mengagumkan. Lagu ini sangat menggambarkan perwatakan dia. Dia buka hati saya jadi lebih mudah berkongsi perihal peribadi," katanya.

Klik untuk gambar besar



Tambah Aizat, dia berani melamar kerana Elyssa yakin dia layak menjadi suaminya. Malah, bakal isterinya itu turut mengajarnya supaya tidak pentingkan diri sendiri.

Sementara itu, Elyssa berkongsikan pada awalnya mereka berkenalan atas dasar kerja sahaja. Katanya lagi, dia dan Aizat berkongsikan sifat yang sama iaitu suka makan.

"Aizat seperti rakan karib dan saya tak perlu berpura-pura. Kami pun berkongsi sifat sama seperti gemar makan. Dulu saya pernah temubual dia dan terus terang tak kenal dia sangat. Bila sudah borak rupanya kami tinggal dalam kawasan sama," katanya.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu akan diadakan secara tertutup di E-Park, Puchong, Selangor dan majlia resepsi akan diadakan pada hari sama. Tidak mengikat tali pertunangan, Aizat dan Elyssa hanya mengadakan majlis merisik yang diadakan Februari lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: