04 August 2022

ELYANA BENGANG DITUDUH CARI SIMPATI: "BAB KOMEN FASAL AGAMA MEMANG NOMBOR SATU"



"Cari simpati? Ayat paling pantang telinga aku dengar! Inilah sebab aku ambil masa lapan tahun untuk tidak mahu beritahu aku sakit. Sebab tiada guna pun. Aku buat keputusan salah. Terima kasih rakyat Malaysia yang tinggi ilmu agama. Bab komen fasal agama memang nombor satu.


"Solat lima waktu jangan tinggal pula," tulis penyanyi Elyana dalam satu perkongsian di Instagram Story dimana dia memberitahu ada menerima komen kurang senang segelintir netizen yang menuduh dirinya sengaja mencari publisiti murahan, hanya kerana berkongsi keadaan diri yang sedang sakit.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 32, berkata, disebabkan perkara itu juga dia mengambil langkah untuk menyembunyikan penyakit kanser dihadapinya sebelum ini.

Sebelum ini, penyanyi lagu 'Kalis Rindu' ini berkongsi di tertidur selama 15 jam akibat demam teruk selain hilang selera makan. Perkongsian tersebut turut mendapat seorang pengikutnya yang memberi nasihat tentang penjagaan aurat Elyana.

Klik untuk gambar besar



Melihat komen tersebut sebagai biadab, Elyana mengambil langkah untuk menjawab 'nasihat' itu kerana merasakan sudah terlalu lama dirinya dibuli.

"Niat hendak bagi nasihat, tetapi biadab. Mari jumpa depan-depan berani tak Kak? Mungkkin dahulu saya tidak suka menjawab, tetapi tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak.

"Ketika masa awak sakit, keluarga dan kawan sakit, terus datang pada saya untuk bertanya tanpa rasa bersalah. Apa jenis manusiakah anda?," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: