"Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami seorang lagi cahaya mata yang telah selamat dilahirkan pada 03/08/2022 jam 2:30pm.
"Terima kasih kepada semua yg mendoakan putera kedua kami... Semoga doa yg baik berbalik kepada kalian kembali 🤲🏻 Ameen! Selamat Datang ke Dunia anakku ❤️ Tengku Muhammad Yusuf Al-Abidin Petra bin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin.... #030822," tulis penyanyi Fara Hazel yang memaklumkan dia telah pun selamat menyambut kelahiran cahaya mata keduanya pada 3 Ogos lalu.
Sambil memanjat kesyukuran, Fara yang juga kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu turut mengucapkan terima kasih atas doa baik-baik yang titipkan. Fara turut berkongsi wajah penuh serta nama permata hatinya iaitu Tengku Muhammad Yusuf Al-Abidin, buat tatapan peminat.
Untuk makluman, Fara berkahwin dengan ahli perniagaan dari Terengganu, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin. Fara dan suami turut mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra yang dilahirkan pada 18 Oktober 2020.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment