24 August 2022

ALIFF SYUKRI BERHASRAT JUMPA MOKHZANI: "JANGAN NANTI DAH MENUNTUT ILMU ORANG MASIH TAK HARGAI BAKAT SAYA YA"



Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail baru-baru ini telah mencabar usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri untuk menyanyi dengan betul sekiranya serius mahu menyanyi. Aliff Syukri dalam satu hantaran di laman Instagram telah menyatakan dia menyahut cabaran Datuk Mokhzani itu.


Sebelum ini, Mokhzani menerusi hantaran di media sosial menjelaskan tular atau trending bukanlah penentu kualiti sesebuah lagu. Beliau juga menawarkan diri untuk menjaga vokal Aliff secara percuma sekiranya berhasrat untuk terus menghasilkan lagu selepas ini.

"Jangan nanti saya dah menuntut ilmu orang masih tak hargai bakat saya ya. Ok Dato Mokhzani jom kita berjumpa. Saya sedia menuntut ilmu untuk menghasilkan karya seni yang lebih baik untuk rakyat Malaysia," ujar Aliff Syukri.

Kedua-dua mereka dilihat berbincang sesama sendiri apabila Mokhzani berkongsi semula hantaran berkenaan menerusi Instagram:

"Insya-Allah, sama-sama kita belajarlah. Dato ajarkan saya meniaga," tulis Mokhzani yang cuba bergurau.

Ia segera mendapat komen Aliff yang menulis, "Dato duduk mana nak pergi belajar ni".

Mokhzani seterusnya membalas, "Insya-Allah Dato Seri selepas selesai tugas Hari Merdeka saya nanti, boleh kita jumpa. Banyak guru-guru vokal terbaik negara saya boleh cadangkan untuk kaedah terbaik vokal 'projection' untuk penambahbaikan.

Klik untuk gambar besar



"Ada cikgu Sarah Ismail, Dia Fadila, Siti Hajar, Datuk Syafinaz, Cikgu Delly, Cikgu Juanita dan banyak lagi yang bertauliah. Semangat kental Dato Seri saya yakin mampu mengubah segalanya," tuturnya.

Mokhzani juga memohon maaf sekiranya tegurannya membuat Aliff terasa di hati: "Saya tegur untuk kebaikan. Bina sikap positif dan terus melangkah. Semua orang termasuk saya datang dari bawah dan masing-masing lalu jalan berliku untuk berjaya.

"Tak apa Dato Seri dah berjaya bidang perniagaan. Cuma bidang muzik adalah satu bidang yang berlainan dan perlu semangat yang kental. Akan mengambil masa sedikit bergantung kepada bakat dan usaha berganda. Selamat mencuba," tulisnya.

Menerusi hantaran sebelum ini juga, Mokhzani yang sering diundang sebagai juri Anugerah Juara Lagu dan Gegar Vaganza berkata, pendengar sebenarnya suka mendengar sesuatu yang baru termasuk single Aliff berjudul 'Baby Sayang' berduet dengan Baby Shima.

"Termasuk saya nak dengar apa yang tak kena. Memang tak kena kerana selalunya juri cari benda yang salah dalam nyanyian. Yang ini nak cari 'part' (bahagian) yang betul pun tak jumpa. Macam-macam teknik boleh diguna. Memang Baby Shima sempurna tapi sempurna dia terlalu 'perfect' untuk Datuk Aliff sampai akan dengar dia punya pitching nampak keterlaluan larinya.

"Boleh lagi diperbetulkan. Tapi tak tahulah penerbit ambil sikap, mungkin silap-silap Datuk ini pun kena kelentong dengan penerbit. Dia kata okey dah tu okey. Dia pun tak tahu apa, kata okey," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: