24 August 2022

BILA AERIL ZAFREL DITUDUH MENUNJUK MASUK STADIUM BOLA LUAR NEGARA



Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah berkongsikan video kenangan ketika menonton perlawanan bola sepak di Stadium Old Trafford, Manchester.


Menerusi kapsyen video tersebut, Aeril berkata ia merupakan pengalaman pertamanya menonton perlawanan bola sepak di stadium dan berasa teruja apabila pasukan kegemarannya, Manchester United menang pada perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun, Aeril dilihat memuat naik paparan komen netizen dan meluahkan rasa kecewa apabila dituduh menunjuk sedangkan masuk stadium di Malaysia tak pernah pun muat naik video.

Klik untuk gambar besar



"Kalau masuk stadium dekat Malaysia tak ada pun tunjuk video. Asal masuk stadium luar negara.. ermm rajin pulak buat video ye. Ermm nampak sangat nak tunjuk, benda mampu, sini pun best juga," kata seorang netizen.

Kesal dengan tuduhan tersebut, Aeril dilihat membalas komen individu itu dengan mengatakan ini merupakan pertama kali dia masuk ke stadium seumur hidupnya serta turut menyindir mungkin netizen tersebut merupakan penyokong pasukan Liverpool yang tewas pada Manchester United ketika perlawanan itu.

"Nama pun first time masuk stadium kak. nak record macam mana.susah jugak, kalau semua yang kita upload orang ingat asyik nak menunjuk je. Aku syak akak ni liverpool," tulisnya.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: