24 August 2022

NABILA HUDA: "SAYA BERBANGGA DENGAN PAPA... SYUKUR ALHAMDULILLAH DIA ATAS PENGANUGERAHAN INI"



"Buat papaku yang tersayang, sesungguhnya saya begitu gembira apabila menerima perkhabaran ini. Setelah sekian lama masih menyanyi dan menghiburkan peminat, papa menerima sumbangan dalam bidang seni. Semestinya sebagai anak, saya berbangga dengan papa yang sentiasa nombor satu di hati saya. Syukur Alhamdulillah di atas penganugerahan ini.


"Dalam masa yang sama, saya harap pengiktirafan ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada golongan muda di luar sana untuk terus menghasilkan produk dan karya.

"Apa yang penting, saya berharap papa akan terus berkhidmat untuk menghiburkan penggemar muzik tempatan. Jangan lupa misi dan visi yang papa dan juga Search ingin lakukan.

"Pastikan ia berjaya dilaksanakan," kata pelakon Nabila Huda yang berbangga bapanya, vokalis kumpulan Search, Amy Search menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, selepas lebih 40 tahun menghiburkan peminat seni tempatan.

Klik untuk gambar besar



Nabila atau lebih mesra disapa Abil berharap pengiktirafan ini dapat memberikan motivasi dan inspirasi buat generasi muda untuk terus berkarya.

Amy atau atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, sebelum ini dilaporkan menjadi satu satunya anak seni yang menerima pingat terbabit sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73 hari ini.

Amy yang memulakan kerjaya sekitar awal tahun 80-an sudah menerima banyak pengiktirafan dalam dunia muzik termasuk mencetus fenomena lewat lagu Isabella bersama kumpulan legenda, Search.

Karya karya mereka juga menembusi pasaran di Indonesia, sehingga Amy bersama anggota Search yang lain termasuk Allahyarham Yazit Ahmad pernah membintangi filem Isabella yang turut dibintangi aktres popular republik itu, Nia Zulkarnaen pada 1990.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: