16 August 2022

"ANDA TAK PATUT HAKIMI SESEORANG..." - ISTERI BENGANG AIZAT KENA 'BODY SHAMING', BAPA DITUDUH TAK AJAR SOLAT



Pada 14 Ogos lalu, penyanyi dan komposer Aizat Amdan, 33, telah pun selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hati yang juga merupakan pengurusnya, Elyssa Alia Ilias, 34, dalam satu majlis penikahan yang diadakan di Puchong, selepas tiga tahun bercinta.


Menurut Elyssa, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja cabaran termasuk menerima tempias dunia glamour suaminya. Namun, menolak tohmahan berkaitan berkaitan ejekan tubuh (body shaming) mengenai suaminya atau yang menyentuh nama ibu bapanya.

Kata Elyssa yang sudah dua tahun menjadi pengurus Aizat itu, dia berlapang dada menerima segala teguran namun mengingatkan khalayak janganlah bersikap kejam menghakimi apa yang tidak sepatutnya.

Klik untuk gambar besar



Elyssa memaklumkan, kalau khalayak tidak menyukai apa yang digayakannya dalam media sosial, usahlah terlalu melulu mengkritik. Dalam masa sama, Elyssa menegaskan, apa yang penting adalah dalaman seseorang berbanding luaran yang sering meraih perhatian khalayak.

"Saya tak kisah orang tegur pasal perangai atau rupa saya tapi jangan sentuh tentang tubuh badan saya. Bagi saya, anda tak patut menghakimi seseorang berdasarkan apa yang mereka pakai namun, saya tak kisah andai dihakimi disebabkan perangai. Saya berharap sesiapa selepas ini, apabila jumpa Aizat, jangan tegur dia 'eh kau dah berisilah'. Tiada siapa suka dengan perkara begitu.



"Kalau tak suka apa saya pakai, saya tak paksa pun kalian tengok. Tapi, jangan sampai cakap benda-benda yang menyakitkan hati sehingga melibatkan ibu bapa saya. Kononnya, bapa tak ajar saya sembahyang sebab saya cakap Aizat jadi imam tapi, orang tak tahu betul-betul apa saya maksudkan dengan semua itu.

"Saya okey tapi ibu bapa saya tak okey. Pantang betul, orang kacau keluarga saya. Nak cakap saya bodoh ke bangang, saya tak kisah tapi tolong jangan sentuh keluarga atau tubuh saya. Saya tahu cara berpakaian saya sekarang tak elok. Tak cukup kain orang cakap. Saya mengaku tapi sedang mencuba untuk jadi yang lebih baik.

"Saya percaya benda dalam hati dahulu barulah luaran. Kalau saya pakai tudung, tak sembahyang atau hisap rokok, melepak ke atau bersikap biadab, saya bukanlah nak sibuk menghakimi, saya rasa itu lagi teruk," ujarnya












































         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: