16 August 2022

"DAH BERSARA PAKAI TUDUNG KE?" - NETIZEN TEGUR ZIZIE IZETTE 'BERPAKAIAN TAPI TELANJANG'



Baru-baru ini, pelakon Datin Seri Zizie Izette ada memuat naik penampilan terbarunya menerusi laman Instagram miliknya sehingga meraih perhatian ramai netizen.


Selain ada yang memuji kecantikannya serta badannya yang makin kurus, isteri Datuk Seri Bung Moktar ini turut menerima teguran netizen kerana dilihat tampil tanpa tudung dengan baju yang dikatakan terlalu ketat.

Umum sedia maklum, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu sebelum ini berhijab dan sering menjadi tumpuan kerana 'taste' Zizie dalam fesyen. Sesetengah netizen sempat memerli Zizie di ruangan komen tentang tudungnya yang sudah tidak kelihatan.

Menerusi story dimuat naik oleh Zizie semalam, dia dilihat berada di gimnasium bersama penyanyi Faradhiya dan seorang rakan mereka. Melihat pada video tersebut, Zizie dilihat tidak bertudung dan hanya memakai hair band untuk menahan rambutnya daripada menganggunya ketika work out.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: