16 August 2022

USTAZ AHMAD DUSUKI: "KAU INGAT GELEK DI KHALAYAK TU DAPAT PAHALA KE?... BANGGANYA KAU!!"



"Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini...


"Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?"... bangganya kau!!" tegur pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki berhubung kenyataan penyanyi Ifa Raziah yang seolah bangga melakukan aksi bergelek.

Baru-baru ini, tular beberapa video di TikTok mengenai sebuah majlis akikah majlis seorang keluarga usahawan yang menjadi bualan netizen. Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kelibat usahawan sensasi, Kak KM dan Ifa Raziah yang sedang sakan bergelek.

Klik untuk gambar besar



Namun, Ifa menjelaskan dia bergelek selepas majlis akikah dan telah dibayar untuk membuat persembahan. Terbaru, tular pula video di TikTok dimana Ifa berkata gelekannnya itu memberi rezeki kepadanya.

Menurut Ifa lagi, tiada benda percuma di dunia ini dan dia tidak akan menerima sebarang pekerjaan tanpa dibayar. Dalam masa sama, Ifa berkata, dia menerima apa-apa sahaja undangan majlis untuk membuat persembahan seperti akikah, perkahwinan, birthday, marhaban termasuklah majlis perceraian asalkan dia dibayar.

Kenyataan Ifa itu mendapat perhatian Ustaz Ahmad Dusuki yang tampil menegurnya dan turut menitipkan pesanan bahawa setiap manusia akan disoal kelak dimana umatnya itu mendapatkan rezeki.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: