16 August 2022

"DIA SEORANG OKU" - MIZZ NINA MOHON ORANG RAMAI BANTU CARI SEPUPUNYA YANG HILANG SEJAK 13 OGOS LALU



"Sepupu saya hilang, dia seorang OKU. Sekiranya ada antara anda semua yang perlu melihatnya tolong hubungi nombor di hebahan. Harap dapat kongsi dan semoga Allah permudahkan segalanya, amin," demikianlah tulis selebriti, Mizz Nina yang mengharapkan agar orang ramai dapat membantu mencari sepupunya dimana dia merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 13 Ogos lalu.


Mizz Nina berkongsi berita kehilangan itu menerusi laman di Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, bekas isteri kepada penyanyi Noh Salleh ini memohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan sepupunya itu agar menghubunginya.

Kongsi Mizz Nina lagi, sepupunya yang hilang itu dikenali sebagai Khairina Mohd Hishamuddin dan berusia 26 tahun. Khairina kali terakhir dia dilihat di sekitar kawasan tempat tinggalnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: