16 August 2022

AKAUN INSTAGRAM ADA 4.3 JUTA PENGIKUT - ALIFF SYUKRI NAK JUAL DENGAN HARGA RM500,000



"Siapa yang nak beli akaun IG ni saya nak jual RM500k berminat DM saya..," itulah kata usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri dimana dia memuat naik status di Insta Story memaklumkan dia mahu menjual Instagram miliknya dengan harga RM500,000.


Aliff sebelum ini membuat keputusan untuk undur diri dari media sosial susulan kontroversi menari ghairah bersama Baby Shima menerusi teaser muzik video lagu dangdut terbarunya.

Dek kerana itu, Aliff menerusi entri terbaru itu menawarkan kepada mana-mana individu yang berminat untuk membeli akaun Instagram miliknya yang kini mempunyai 4.3 juta pengikut.

Terdahulu, Aliff memuat naik video permohonan maaf secara terbuka serta memohon maaf kepada ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.

Dilihat menangis teresak-esak, Aliff berkata dia membuat keputusan undurkan diri dari media sosial demi ibunya, isteri serta anak-anak. Ujarnya lagi, dia menyifatkan kali ini adalah ujian paling berat buat dirinya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: