Semua sedia mengetahui pelakon Rozita Che Wan sering tampil dengan fesyen dan gaya yang memukau. Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun.
Namun baru-baru ini, penampilan Che Ta di Kedah Fashion Week 2022 telah menjadi perhatian apabila ditegur oleh netizen kerana tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menerusi satu temu bual bersama media, Che Ta berkata dia mengakui kesilapannya memakai topi namun menampakkan telinganya. Bagaimanapun, lain pula netizen perasan menerusi video yang dikongsikan di Facebook itu apabila ada yang menegur wajah Che Ta semakin berusia.
Klik untuk gambar besar
Diruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mengatakan wajah pelakon berusia 49 tahun itu sudah mula mempunyai kedutan serta menyamakan seperti nenek.
Bagaimanapun, ramai yang memuji Che Ta tetap kekal cantik meskipun tanpa mekap serta mengatakan isteri kepada Zain Saidin itu tetap menawan meskipun sudah berusia.
________________________

No comments:
Post a Comment