15 August 2022

DIKECAM TUNGGANG KAK LONG 7E SEPERTI HAIWAN - INI KATA BABY SHIMA



Nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima kembali hangat diperkatakan selepas baru-baru ini tular rakaman video Tik Tok berdurasi 21 saat membabitkan mereka yang memakai baju sekolah.


Dalam video tersebut, Baby Shima duduk di atas belakang Kak Long 7E yang merangkak seperti haiwan, berserta Aliff seolah-olah berada di dalam sebuah kelas. Tindakan Aliff Syukri dan Baby Shima itu telah menerima kecaman. Ramai orang berasa simpati dengan Kak Long 7E dan ada juga yang menuduh bahawa dia beraksi sedemikian kerana bayaran yang ditawarkan.

Susulan itu, Baby Shima berkata, dia dan Kak Long 7E sudah berbincang terlebih dulu sebelum mereka melakonkan semula satu babak di dalam filem 'Musang Berjanggut' itu untuk dimuatkan sebagai 'content' Tik Tok.

"Sebenarnya, saya dan Aliff berpakaian sekolah itu bagi menyiapkan rakaman muzik video untuk single duet terbaharu kami, Baby Sayang yang akan dilancarkan pada 17 Ogos ini.

Klik untuk gambar besar



"Selepas rakaman muzik video selesai, kami buat pula 'content' Tik Tok dengan melakonkan semula satu babak filem Musang Berjanggut. Malah, penampilan Kak Long 7E dalam video itu pun bukan sebagai guru. Okey lagi tu, saya duduk atas Kak Long 7E, daripada duduk atas Aliff Syukri," jelasnya.

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli berkata dia tak faham kenapa segelintir netizen suka menjadikannya isu dan terus mengecam dirinya bertali-arus dengan bermacam dakwaan tidak berasas.

"Sebelum ini, saya bergelek pun dikecam teruk. Saya adalah penyanyi dangdut dan bergelek itu perkara normal. Tapi, saya didakwa pula beraksi lucah dan sebagainya dengan bermacam hinaan serta kecaman yang dilemparkan.

"Apapun, saya dapati tindakan segelintir netizen yang selalu menghina dan mengecam ini bukanlah peminat dangdut atau peminat saya sendiri. Jika tidak, mereka pasti dah tahu saya bagaimana," katanya lagi.



Mengulas juga perasaan keluarganya dengan kontroversi demi kontroversi yang tercetus, Baby Shima berkata dia bersyukur, mereka amat memahami kerjayanya sebagai selebriti.

"Keluarga tahu, saya bekerja dalam industri hiburan. Malah, mereka juga tidak ada kena-mengena dengan kritikan yang diterima. Bahkan, saya pun dah lali dengan semuanya dan tak peduli dengan kecaman netizen," tuturnya.

Sementara itu, Kak Long 7E yang sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila dia muncul dalam promosi lagu terbaharu Aliff Syukri dan Baby Shima berjudul 'Baby Sayang' itu tampil memberi penjelasan tentang video berkenaan di Facebook miliknya apabila banyak tohmahan dilemparkan.



Menurut Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura, dia mengaku bahawa tidak dibayar untuk beraksi seperti berikut dan segalanya atas kehendak dirinya sendiri.

"Kepada netizen-netizen yang berkata buruk kepada saya. Datuk (Aliff) sebenarnya tak ada ambil saya, upah apa pun. Yang terjadi tu adalah kehendak saya sendiri, saya yang buat sendiri," katanya.

Kak Long juga berharap agar pihak di luar sana supaya berhenti memburukkan nama Aliff Syukri dan Baby Shima serta berhenti bersangka buruk kepadanya.

Terdahulu, Kak Long 7E pernah menjadi tular akibat mengamuk di kedai serbaneka 7-Eleven yang menjadi bahan kecaman netizen. Kak Long 7E juga sebelum ini pernah memaki seorang staf restoran fast-food terkenal hanya kerana tidak diberikan sudu dan minumannya yang dihidangkan tanpa ais.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: