15 August 2022

IFA RAZIAH: "KAU INGAT AKU GELEK FREE KE?... AKU DUDUK DALAM DUNIA INI TAK ADA BUAT BENDA FREE"



"Kau bayar aku RM20,000 aku geleklah... Kau ingat aku gelek tu tak ada hasil ke? Kau ingat aku gelek free ke? Semua gelek aku semua tu masuk duit tau. Bukan free tau. Aku duduk dalam dunia ini tak ada buat benda free. Semua berbayar.


"Bukan setiap hari kita untung, ada masanya kita tak untung macam orang berniaga seperti saya. Ada masa yang tak ada show (persembahan), ada masanya saya laris di pasaran di mana saya ada tiga atau empat kali show.

"Tapi, kalau yang masuk ini (siaran langsung di TikTok) ini mahu saya bergelek, suruh menyanyi, benda itu bukannya free tapi berbayar. Kalau masuk duit dalam akaun, saya boleh bergelek. Dengan bayaran, tiada benda free di dunia ini," itulah kata penyanyi Ifa Raziah.

Baru-baru ini, tular video di TikTok di mana Ifa diminta netizen untuk bergelek ketika live, namun penyanyi itu mengatakan dia bukan sesuka hati untuk berbuat sedemikian sebaliknya dia dibayar.

Menurut Ifa lagi, tiada benda percuma di dunia ini dan dia tidak akan menerima sebarang pekerjaan tanpa dibayar. Dalam pada itu, Ifa berkata dia menerima apa-apa sahaja undangan majlis untuk membuat persembahan seperti akikah, perkahwinan, birthday, marhaban termasuklah majlis perceraian asalkan dia dibayar.

Klik untuk gambar besar



"Majlis kahwin boleh panggil akak, birthday boleh, marhaban pun boleh. Kau ingat aku boleh menyanyi dangdut sahaja? Tak boleh marhaban? Majlis perceraian kau pun boleh. Kau bayar saja kat aku," ujarnya.

Sementara itu, Ifa berkata meskipun ada yang tidak sukakan dirinya, namun sebenarnya 'haters' ini mengambil berat tentang dirinya serta isu mengenai dirinya akan dijadikan 'highlight' di media sosial.

"Walaupun dia tak suka kita, haters, tapi dia yang ambil berat pasal kita. Apa yang I (saya) buat, dia akan buat jadikan konten dan kongsi di media sosial. Saya hargai tapi dalam masa sama kesian," tuturnya.

Sebelum ini, Ifa telah dikecam teruk oleh netizen selepas tular beberapa video di TikTok dia sedang sakan bergelek dalam sebuah majlis akikah majlis keluarga yang dipercayai 'scammer' Macau, Addy Kanna. Bagaimanapun, Ifa menjelaskan dia bergelek selepas majlis akikah dan telah dibayar untuk membuat persembahan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: