15 August 2022

ANAK MARAH PUNYA PASAL - HASRAT AZRI ISKANDAR MAHU TUKAR NAMA AZRI ALEXANDER TERPAKSA DILUPAKAN



Nampaknya pelakon Azri Iskandar terpaksa melupakan hasrat menukar namanya kepada Azri Alexander selepas anak-anaknya tidak bersetuju. Azri dalam masa sama turut memohon maaf kepada semua.


"Anak-anak saya marah saya nak tukar nama. Jadi, saya tukar baliklah kepada nama Azri Iskandar dan tak jadi guna nama Azri Alexander. Saya minta maaf pada semua," katanya.

Menurut Azri lagi, dia mengakui kesilapan kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan anak-anak. Azri berkata dia mengakui sedih apabila anak-anaknya tidak bersetuju serta akan menggunakan semula nama Azri Iskandar.

"Yang marah saya sangat tukar nama ni anak saya, Azrell Omar Iskandar (Ayel). Sedih betul saya. Dia cakap nama Azri Iskandar tu dah okey dah. Kalau pun nak go international, tidak ada salahnya pakai nama tersebut.

"Lagipun dia kata, dia dah mula berkecimpung dalam bidang perfileman, takkan dia nak letak namanya sebagai Azrell atau Ayel Alexander. Saya cakap nama saya tetap Azri Iskandar.

"Cuma, Azri Alexander itu digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja. Tapi, dia tidak boleh terima. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk gunakan semula nama Azri Iskandar," jelasnya lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: