15 August 2022

"SAYA ADA KENALI HATI SESEORNG... DIA ORANG BIASA, PILIHAN IBU" - SHUIB



"Secara jujurnya, saya ada mengenali hati seseorang, Insya-Allah. Saya tak berani nak komen bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan. Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya. Kalau ada (jodoh) saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja.


"Dia orang biasa-biasa sahaja. Dia pilihan ibu saya," demikianlah jelas pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu yang mengakui dirinya kini sedang mengenal hati budi seseorang.

Menerusi temu bual bersama Melodi yang disiarkan semalam, Shuib yang genap setahun bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata itu mengakui takut untuk bercakap soal jodoh apatah lagi mereka masih dalam proses berkenalan.

Dalam pada itu, Shuib mendedahkan wanita tersebut hanya orang biasa dan bukan dalam kalangan industri seni. Terdahulu, Shuib pernah dikaitkan dengan pelakon Zara Zya dan Wan Sharmila. Namun, Shuib menjelaskan mereka hanya rakan industri sahaja.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: