15 August 2022

MUAT NAIK VIDEO SOLAT BERJEMAAH - NETIZEN GEMBIRA NOOR NABILA & ENGKU EMRAN MASIH SEBUMBUNG



Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Noor Nabila Mohd Noor dengan suaminya, Engku Emran selepas kakak kepada Neelofa itu bertindak memadamkan semua gambar bersama di laman Instagram, sekaligus timbul spekulasi perceraian mereka.


Lebih kecoh apabila tular di media sosial mengenai kisah mereka yang juga mendapat perhatian portal gosip Indonesia yang turut mendakwa hubungan pasangan ini bermasalah dan sudah pun bercerai.

Terbaru, perkongsian Nabila di aplikasi TikTok menjadi perhatian apabila memuat naik video gelagat anak sulung lelakinya, Jebat Jayden ketika mereka mendirikan solat jemaah bersama. Video yang berdurasi 53 saat itu sekali gus menamatkan spekulasi kononnya hubungan mereka bermasalah.

Menerusi video tersebut, Nabila, 38, merakamkan gelagat anaknya sedang solat bersama seorang lelaki sebagai imam namun wajahnya tidak kelihatan ekoran kamera diletakkan pada bahagian belakang.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Jebat yang pada awalnya tidak perasan aksinya dirakam kemudian mengambil kamera tersebut dan meletakkan di bahagian hadapan sekali gus memperlihatkan wajah Emran yang melakukan solat.

Pengikut TikTok usahawan itu rata-rata melahirkan rasa syukur dan gembira dengan video berkenaan kerana melihat ia cara Nabila menjawab segala persoalan berhubung isu rumah tangga mereka sebelum ini, sekaligus membuktikan pasangan itu masih sebumbung serta keadaan rumah tangga Nabila masih dalam keadan baik-baik sahaja.

Diruangan komen, ada netizen mengatakan jika seseorang itu tidak memuat naik gambar dengan pasangan, tidak bermakna mereka tidak lagi bersama.



"Halus penjelasan yang diberikan terhadap spekulasi yang tercetus. Dalam video ini kena faham ada dua perkara. Pertama kecomelan Jayden. Kedua, perhatikan imam itu bagi menjawab segala persoalan netizen.

"Kalau dia post tandanya mereka baik-baik sahaja. Lagipun minggu lepas tengok Instagram Story sepupu Nabila, elok jer mereka makan tengah hari bersama," komen netizen.

Untuk makluman, Nabila dan Emran mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu. Nabila sebelum itu pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 namun berpisah tiga tahun kemudian dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jayden.

Manakala Emran pula sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Erra Fazira 2007 dan mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Engku Aleesya. Kemudian Emran kembali bernikah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada September 2017 namun hubungan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.
















         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: