Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona baru-baru ini ada memuat naik beberapa perkongsian di laman Twitter sehingga menjadi perhatian. Dalam posting tersebut, seorang wanita dikenali sebagai Nor Azira Osman Said telah meninggalkan komen berkenaan di Instagram milik bapanya menuduh Leona memperdaya suaminya untuk mendapatkan wang bulanan sebanyak RM3,000 sehingga duit simpanan mereka habis.
Namun, apa yang tidak masuk akal apabila wanita itu mendakwa Leona menjalin hubungan sulit dengan suaminya sejak tahun 2014 dimana ketika itu Leona baru berusia 12 tahun. Wanita itu juga turut meminta Azhar bertanggungjawab terhadap tindakan Leona yang merampas suaminya serta mengugut untuk membuat laporan polis sekiranya tidak memulangkan wang berkenaan.
"Tanya Kasih Iris Leona tentang wang yang digunakan sepanjang mempunyai hubungan dengan suami saya. Kira semua jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk bayar hotel, tiket penerbangan, makanan dan semua yang berkaitan dengan percutian ketika dia ada hubungan dengan suami saya.
"Untuk pengetahuan, anak awak telah menghabiskan duit saya sebanyak RM3,000 sebulan. Minta dia kembalikan wang saya selepas mengambilnya dengan memperdayakan suami saya. Bayar balik semua wang yang dia dah gunakan sepanjang menjalin hubungan sulit dengan suami saya sebelum saya saya buat laporan polis," kata wanita terbabit.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, individu berkenaan turut mendakwa Leona mempunyai hubungan sulit dengan suaminya tanpa ada sebarang niat untuk berkahwin dengannya. Malah Nor Azira turut menuduh Leona sebagai 'scammer' dan cuba memperdayakan suaminya.
"Dia menipu suami saya tanpa ada niat untuk berkahwin dengannya atau saya akan buat laporan polis," katanya lagi.
Bagaimanapun, Leona menerusi Insta Story telah tampil menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan memberitahu dia tidak akan keluar dengan suami orang. Jelasnya lagi, wanita itu mendakwa dia mengambil duitnya namun Leona mengatakan duit ibu bapanya sendiri pun tak pernah diambil apatah lagi milik orang lain.
"Saya hanya mahu katakan ia 100 peratus tidak benar. Saya tidak pernah keluar atau berjumpa dengan suami orang lain. Ibu bapa saya tahu dan mempercayai saya," jelasnya.
Sementara itu, bapa Leona yang tidak hanya berdiam diri itu menghantar mesej kepada wanita berkenaan serta meminta bukti tuduhan yang dibuat terhadap anaknya. Melihatkan masa mesej tersebut, wanita itu memberitahu dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Leona kerana lelaki itu telah retweet satu ciapan yang dibuat oleh gadis berkenaan.
Namun, selepas gagal memberikan bukti yang kukuh apabila dihubungi sendiri oleh Azhar, pelakon itu memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya dan memberi amaran kepada wanita itu bahawa dia enggan lagi memanjangkan isu ini.
Malah, dia turut menitipkan doa buat wanita yang telah melemparkan tuduhan kepada anaknya itu agar sentiasa dibawah lindungan Allah SWT dan memberi nasihat kepadanya. Menurut Azhar, jika wanita itu melakukan perkara sama kepada orang lain, pasti dia sudah dikenakan tindakan undang-undang.
"Salam Nor Azira Othman... Saya tak mahu memanjangkan perkara ini dengan awak pasal Leona. Carilah seorang kawan baru yang mahir pasal Media Soc ni... Dengan saya you terselamat sebab saya masih memikirkan kesihatan mental you... Kalau orang lain, pasti mereka akan saman you.. Take care," tuturnya.
Dalam pada itu, Azhar, 51, enggan mengambil sebarang tindakan saman susulan tuduhan tersebut. Ini kerana kata Azhar, dia merasakan wanita berkenaan mempunyai masalah peribadi dan perlu mendapatkan bantuan.
"Apa pun saya tidak akan mengambil sebarang tindakan dalam hal ini kerana merasa kesian terhadap Nor Azira. Saya rasa dia tidak cerdik sangat. Jadi tak best nak saman dan makan duit orang macam ini. Saya rasa dia perlu mendapatkan bantuan," ujarnya.
Leona yang berkongsi tuduhan tersebut di Twitter itu mendapat respons pengikut yang turut cuba menghubungi nombor telefon Nor Azira. Ramai mendakwa wanita tersebut adalah seorang 'scammer' dan sengaja mahu megambil kesempatan untuk mendapatkan wang.
________________________
No comments:
Post a Comment