15 August 2022

GAYA DALAM MV IKUT KEHENDAK PENGARAH - BABY SHIMA BERI 'AMARAN' GUNA DIRINYA SAMPAI DIFITNAH



"Saya bukan 'daring'. Apa yang saya gayakan dalam video muzik itu adalah mengikut kehendak 'wardrobe' (bahagian penataan gaya) dan kehendak pengarah. Rasanya tidak ada beza video muzik ini dengan yang pernah saya hasilkan. Saya tetap Baby Shima yang sama dan tiada apa-apa pun yang berubah.


"Jika karya itu menjadikan saya kekal relevan, maka, itu adalah bonus buat saya. Saya cuba menjadi artis yang kekal dengan karya terbaharu mengikut perkembangan zaman. Jadi, saya amat menitik beratkan lagu yang mahu dinyanyikan.

"Cuma saya tidak faham mengapa soal menyanyi sambil bergelek dijadikan isu. Ini perkara biasa yang dilakukan penyanyi dangdut," itulah ujar penyanyi Baby Shima yang mendakwa hanya mengikut kehendak pengarah video muzik single 'Baby Sayang' yang menyaksikan dirinya bekerjasama dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman seperti yang hangat diperkatakan, beberapa hari lalu.

'Teaser' video muzik yang dikongsi Aliff di laman Instagram (IG) antara lain memaparkan aksi Baby Shima bergelek yang dianggap keterlaluan dan mencolok mata, hingga menjadi topik hangat netizen.

Klik untuk gambar besar



Baby Shima menjelaskan, sebagai penyanyi profesional, dia perlu mengikut arahan pengarah. Baby Shima berkata, apa yang dilakukan bukanlah kerana ingin relevan dalam industri hiburan, sebaliknya, dia hanya mahu berkarya.

Ditanya apakah dia tidak memikirkan perasaan keluarga dengan kontroversi dicetuskan, Baby Shima atau nama sebenar, Nur Ashima Ramli, 30, menjelaskan, mereka faham kerjaya sebagai selebriti.

"Keluarga tahu saya bekerja dalam dunia hiburan. Mereka tiada kena mengena dengan kritikan yang diterima. Dalam hal ini, saya tidak peduli dengan kecaman netizen. Saya tidak boleh kawal kata-kata netizen. Mereka yang dakwa saya beraksi lucah dan sebagainya, mungkin disebabkan mereka yang banyak menonton dan berimaginasi yang bukan-bukan," katanya.


Sementara itu, Baby Shima baru-baru ini ada memberi peringatan berbaur 'amaran' kepada beberapa individu yang dirasakan telah mempergunakan dirinya hanya semata-mata untuk menaikkan 'rating' dan populariti.

Peringatan itu telah dimuat naik Baby Shima menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya semalam. Dalam masa sama, Baby Shima mengakui dirinya bukanlah orang yang baik namun dia sesekali tidak akan mempergunakan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

"Kepada beberapa individu, jangan pergunakan Shima untuk naikkan rating story korang! Shima tahu Shima jahat, tapi jangan sampai buat story tu tahap memfitnah," tuturnya.

Ujarnya lagi, individu-individu tersebut dengan 'bangganya' memuat naik hantaran berbaur fitnah sehingga ada yang membuat cerita buruk di belakangnya. Namun begitu, Baby Shima tidak pula menyebut secara spesifik tentang siapakah orang yang dimaksudkannya itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: