31 August 2022

"BAYAR HUTANG DULU BARU NIKAH" - INI JELAS SHAHIR



"Bayar hutang dulu baru nikah. Aku yang hidup ni pun dia buat senyap sahaja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu," itulah komen individu berkenaan yang meminta penyanyi Shahir Zawawi melunaskan hutang sebelum melangsungkan pernikahan pada Jumaat ini.


Dalam debaran menantikan bakal bergelar suami, nama Shahir terpalit dengan kontroversi apabila ada pihak membangkitkan soal kegagalan penyanyi itu menjelaskan hutang.

Dipercayai berhubung pembayaran berkaitan kerja-kerja dalam industri seni, seorang pengguna laman sosial mendedahkan perkara itu menerusi ruang komen sebuah portal berita yang memaparkan artikel mengenai penyanyi tersebut.

Menerusi ruangan komen di portal berita berkenaan, seorang individu yang juga pekerja industri hiburan mendakwa mengalami kerugian ekoran wang pembayaran tugas dalam sebuah acara gagal dilunaskan penyanyi tersebut.

Klik untuk gambar besar



Komen tersebut juga mendapat sokongan seorang lagi individu yang mendakwa perkara sama turut terjadi kepada beberapa syarikat pengurusan artis lain.

Menjawab dakwaan tersebut, Shahir atau nama penuhnya Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata, dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan perlu menyemak semula komen dibuat individu berkenaan.

"Saya tidak tahu tentang cerita tersebut. Sekarang ini sibuk menguruskan hal perkahwinan, jadi tak sempat nak ambil tahu. Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tidak tahu hujung pangkalnya," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.




Sementara itu, berkongsi mengenai pernikahannya dengan Jaskin Jaludin pada 2 September ini, Shahir memberitahu sedang sibuk melakukan persiapan namun ia membantu mengurangkan debaran bergelar suami.

"Memanglah ada rasa berdebar nak jadi suami, tetapi dalam beberapa hari ini saya sibuk menguruskan hal perkahwinan. Jadi kuranglah sikit perasaan takut itu. Lebih memikirkan soal persiapan majlis.

"Persiapan diri sendiri pula tidaklah 100 peratus kerana tugas sebagai seorang suami ini adalah satu proses yang akan berjalan terus. Banyak yang akan saya tempuh dan belajar selepas berkahwin nanti," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: