31 August 2022

"SYUKURLAH NAMPAKNYA USAHA KERAS SAYA LAKUKAN TERUS BERJALAN" - PUTERI SARAH LEGA IRA KAZAR DAH DIPANGGIL JAWI



"Apa yang saya boleh beritahu, memang dia (Ira) sudah pun dipanggil dan tampil memberikan keterangan (kepada pihak JAWI). Sekarang, pegawai penyiasat sedang menjalankan siasatan selanjutnya. Walaupun siasatan dilakukan mengambil masa, tapi saya lega kerana ia terus berjalan.


"Insya-Allah selepas selesai siasatan itu, saya akan bertindak ke peringkat seterusnya. Apapun, saya berasa amat lega kerana segala usaha yang dilakukan ini adalah bagi melindungi keluarga dan anak-anaknya saya. Harapan dan doa saya agar kemenangan akan berpihak kepada saya.

"Semua yang saya perjuangkan ini untuk diri sendiri dan anak-anak. Ia memang satu proses yang panjang, tetapi setidak-tidaknya Alhamdulillah, ada menunjukkan perkembangan. Saya juga tidak kisah menunggu lama, asalkan ada pergerakan tentang siasatan dilakukan ini.

"Bagaimanapun, syukurlah nampaknya usaha keras yang saya lakukan terus berjalan," kata pelakon Puteri Sarah, 37, yang berasa lega apabila anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi, Ira Kazar sudah dipanggil untuk memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), minggu lalu selepas dia didakwa mengganggu rumah tangganya bersama pengarah filem, Syamsul Yusof.

Klik untuk gambar besar



Puteri Sarah berkata, menerusi aduan yang sudah dibuatnya di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sebelum ini, siasatan ke atas wanita terbabit kini giat dijalankan oleh pihak berkaitan dan semoga semuanya lancar.

Menurut Puteri Sarah lagi, ada dua aduan sudah dibuatnya iaitu satu di Mahkamah Syariah untuk dakwaan orang ketiga, manakala di Mahkamah Sivil pula bagi dakwaan melakukan gangguan.

Sarah juga mendedahkan mahkamah telah mengeluarkan arahan injuksi yang melarang Ira mendekati dia dan seluruh ahli keluarganya. Katanya, sekarang hidupnya berasa lebih aman.

Sementara itu, Puteri Sarah berharap kemenangan akan berpihak kepadanya. Dalam pada itu, Sarah turut memberitahu, pihak mahkamah telah mengeluarkan arahan injuksi kepada pihak ketiga supaya tidak mengganggu dan mendekati dirinya dan keluarga.


"Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mahkamah syariah untuk dakwaan orang ketiga manakala di mahkamah sivil untuk dakwaan melakukan gangguan. Saya perjuangkan ini untuk diri sendiri san anak-anak. Ia memang satu proses yang panjang tetapi Alhamdulillah, ada progres.

"Saya tak kisah menunggu asalkan ada pergerakan tentang siasatan ini. Nampak usaha keras saya berjalan. Pihak di sebelah sana tidak boleh berkomunikasi langsung dengan saya dan mendekati keluarga saya. Sekarang saya akui hidup saya lebih aman," ujarnya.

Minggu lalu, Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan wanita terbabit hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan suaminya Syamsul Yusof. Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: