"Elizad.. err kesian.. tak apa, ramai orang tak ada anak," ujar pemanggil wanita di Sinar FM yang secara tiba-tiba bercakap mengenai soal anak serta mengatakan 'kesian' selain berharap pelakon dan penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin sabar dengan ujian tersebut.
Pasti ramai tahu, pada Mac lalu, Elizad sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata selepas lapan tahun berkahwin. Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF bagaimanapun keguguran selepas beberapa hari disahkan hamil pada November 2020.
Namun, baru-baru ini tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebgai Eika Zahalia yang berkongsi sedutan radio Elizad bersama seorang pemanggil telah menimbulkan rasa marah orang ramai.
Klik untuk gambar besar
Menerusi video tersebut, seorang pemanggil telah meluahkan rasa sedihnya kerana Elizad tidak lagi ke udara namun secara tiba-tiba dia telah menyentuh mengenai isu pelakon itu yang masih tidak mempunyai anak.
Malah, apa yang menjadi perhatian orang ramai apabila Elizad dilihat tenang dan profesional menghadapi situasi sebegitu dengan lantas menukar topik perbualan dengan meminta pemanggil itu memberikan ucapan.
Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pemanggil itu yang dianggap kurang sensitif. Malah ada yang meminta pemanggil itu memohon maaf kepada Elizad.
Bukan itu sahaja, ada juga yang membuat andaian mungkin situasi sebegini yang menjadi punca Elizad mengambil keputusan untuk meninggalkan konti radio dan kembali aktif dalam bidang lakonan.
Sebelum ini, Elizad mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan konti radio Duo Sinar bersama rakan penyampai Hefny Sahad selepas hampir tiga tahun berkhitmat.
Menurut Elizad, dia sudah pasti akan merindui moment-moment bersama selain turut mengucapkan terima kasih buat Hefny kerana banyak membantunya mengenai ilmu-ilmu dunia penyiaran radio.
________________________
No comments:
Post a Comment