31 August 2022

MONA ALLEN & PEKIN IBRAHIM SAMBUT BAYI LELAKI SULUNG DI HARI MERDEKA



"Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan dan baby selamat. Baby merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi," demikianlah kata pelakon Mona Allen yang memaklumkan dia telah pun selamat melahirkan bayi lelaki sulung di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada pukul 2.39 pagi, Rabu.


Berkongsi berita gembira itu, Mona atau sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, juga memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan selamat.

Mona dan suaminya iaitu pelakon Pekin Ibrahim turut menerima ucapan tahniah rakan-rakan dan kenalan rapat sempena kelahiran anak mereka yang turut sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.

Klik untuk gambar besar



Mona sebelum ini berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas empat tahun melalui proses untuk mendapatkan anak atau Trying to Conceive (TTV).

Dalam temubual sebelum ini, Mona memberitahu mereka turut melakukan rawatan perubatan Islam dan berjaya hamil selepas Pekin minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa.

Untuk makluman, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga 7 Disember 2018.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: