Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Zul Ariffin dilihat berada di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terlebih dahulu selama beberapa hari sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Dalam hantaran tersebut, Zul tidak lokek berkongsikan video dan momen ketika berada di hadapan Kaabah. Zul turut menyertakan kapsyen emoji berbentuk Kaabah, menadah tangan dan simbol hati sebagai tanda kesyukuran dapat menyempurnakan ibadah umrah.
Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur pelakon itu dapat mengerjakan ibadah umrah dan mendoakan agar urusan Zul dipermudahkan ketika disana serta memperoleh umrah yang mabrur.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan wajah pelakon itu berseri-seri ketika berada di Mekah dan sejuk mata memandang pelakon itu yang dalam pakaian ihram.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment