02 August 2022

BERHIJRAH KE STESEN RADIO LAIN SEBELUM KONTRAK TAMAT - DJ LIN TERKILAN DENGAN FIZI ALI



"Saya hanya dimaklumkan yang Fizi bakal berhijrah ke stesen radio lain hanya beberapa hari sebelum tarikh kontraknya tamat. Jujur selaku ketua dan rakan sekerja, saya memang amat terkilan dengan tindakannya. Bayangkan kami terpaksa merombak semula kerja-kerja bagi promosi Jelajah 90 Suria yang bakal diadakan bermula 6 Ogos ini.


"Video promo pun kami terpaksa reshoot (penggambaran semula) disebabkan tindakannya yang memberitahu kami saat-saat akhir. Itu belum dikira dengan kos nak tukar wallpaper (hiasan latar) pada bas yang sudah lama siap.

"Kalau nak dikira, banyak yang kami terpaksa laburkan disebabkan tindakan last minute (saat akhir) dia. Lebih RM50,000. Tapi saya tak kisah sebab itu, cuma saya kasihankan staf lain kerana terpaksa bersusah payah disebabkan perkara yang tak sepatutunya berlaku ini," itulah tutur pengurus Besar Suria FM, DJ Lin yang terkilan dengan bekas penyampainya, Fizi Ali yang membuat keputusan untuk berhijrah ke stesen radio lain pada saat-saat akhir.

Selepas enam tahun bersama Suria FM, Fizi yang juga bekas suami pelakon Shakilla Khoriri mengambil keputusan menjadi ahli baru keluarga Hot FM. DJ Lin mendedahkan stesen radio itu terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000 gara-gara pertukaran tersebut.

Kata DJ Lin lagi, pihaknya ada memujuk Fizi untuk kekal bersama mereka setidak-tidaknya selepas tamat program jelajah tersebut. Dalam pada itu, DJ Lin berkata dia tiada niat untuk menyekat niat atau keputusan Fizi namun bukan dengan cara begitu.

Klik untuk gambar besar



"Kami ada duduk berbincang dengan dia untuk dia stay. Tapi dia beritahu tidak dapat berbuat demikian kerana akan mula bertugas di stesen baharu bermula esok. Tetapi dia beritahu tidak dapat berbuat demikian kerana akan mula bertugas di stesen baharu bermula esok.

"Jujur saya langsung tiada niat nak sekat atau halang dia untuk pergi mana-mana. Kontrak dia bersama kami pun sudah tamat dan kami sudah menawarkan kontrak baharu kepadanya.

"Dia nak pergi mana pun tak mengapa. Cuma, isunya di sini kenapa tidak beritahu sejak dari awal lagi. Kenapa lagi beberapa hari nak habis kontrak baru beritahu dapat kerja di steten lain sedangkan kerja-kerja promosi untuk Jelajah 90 Suria sudah hampir 100 peratus siap,," katanya.

Sebelum ini, Fizi berkata, dia mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan memilih untuk tidak menyambung perkhidmatannya dengan Suria FM. Teka-teki bahawa dirinya bakal menyertai Hot FM akhirnya terjawab apabila disahkan menjadi ahli keluarga baharu stesen radio tersebut bermula esok bergandingan bersama pelawak Fad Bocey menerusi segmen Sembang Squad.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: