02 August 2022

"SELESAIKANLAH DENGAN CARA YANG TERBAIK" - YUSOF HASLAM TAK MAHU LIHAT PUTERI SARAH, SYAMSUL BERCERAI



"Secara peribadi, saya rasa tidak adil jika rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan. Itu adalah perkara yang amat menyedihkan dan saya tidak melihat apa-apa kebaikan di situ. Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka, anak-anak dan besan kami.


"Demi anak-anak dan nama baik keluarga, selesaikanlah dengan cara yang terbaik," kata pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam yang meminta anaknya, Syamsul Yusof serta menantu, Puteri Sarah Liyana segera menjernihkan kemelut melanda rumah tangga mereka sejak empat tahun lalu.

Yusof berkata dia terkilan dan sedih dengan perkara itu serta berharap ianya dapat diselesaikan dengan cara baik. Dalam pada itu, Yusof berharap anak menantunya itu dapat menyelesaikan segala apa yang berlaku kerana dia tidak mahu melihat mereka berpisah.

"Saya bangga dengan apa yang dicapai Syamsul ketika ini. Saya hormat dia. Cuma saya harap dia tak lupa asal usul. Dalam hal rumah tangga, saya minta dia dan Puteri Sarah perbetulkan keadaan. Saya dan isteri tak mahu melihat mereka bercerai," ujarnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa sebagai kekasih Syamsul, Ira Kazar.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: