02 August 2022

"SAYA LEBIH KECEWA DENGAN DIRI SENDIRI" - NELYDIA MOHON MAAF ATAS SEGALA KEKHILAFAN



Selepas pulang mengerjakan umrah hujung tahun lalu, nama pelakon Nelydia Senrose hangat diperkatakan apabila dikatakan tidak konsisten dalam pemakaian hijab.


Berhubung hal tersebut, Nelydia mengakui kesilapannya dan berkata sebagai individu yang masih baru dalam penghijrahan itu dia memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku.

"Kalau orang lain kecewa, saya lebih kecewa dengan diri sendiri. Saya sedar yang saya tidak sepatutnya buat macam itu, tapi saya hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan diri.

"Sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah," ujarnya.

Dalam pada itu, Nelydia yang baru pulang mengerjakan ibadah haji bersama suami tercinta ini berharap orang ramai dapat mendoakan dirinya dapat memakai hijab sepenuhnya.

Klik untuk gambar besar



"Doakan agar saya diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab. Selama ini pun memang saya mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri. Saya percaya apa yang dilakukan (berhijab) ini adalah yang terbaik.

"Cuma saya perlu teguh dengan pendirian ini. Insya-Allah dan doakan saya menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Nelydia dilihat mengenakan tudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah Disember tahun lalu. Ia seterusnya diikuti kembara percutian ke negara Timur Tengah selepas itu.

Imejnya yang dikongsi di Instagram (IG) mendapat pujian ramai pihak. Tidak kurang yang mendoakan isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid ini terus istiqamah.

Namun, apa yang mengejutkan, dia dilihat tidak lagi mengenakan hijab ketika sedang bercuti di Bali, Indonesia beberapa bulan lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: