01 August 2022

BILA BABY SHIMA BERGELEK DEPAN KLCC TERIMA PUJIAN NETIZEN INDONESIA



Nama Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli sebelum ini hangat diperkatakan dan menjadi bualan apabila penyanyi dangdut itu sering kali terpalit dengan kontroversi.


Terkini, perkongsian Baby Shima menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya telah menjadi perhatian apabila bergelek sakan di tengah jalan di hadapan KLCC.

Menerusi video tersebut, Baby Shima dilihat sedang melintas jalan sebelum berhenti seketika untuk bergelek di tengah jalan tempat pelintas berjalan kaki.

Klik untuk gambar besar



Shima turut menulis kapsyen, "Bergoyang sebab kereta tak nak beri laluan!!! #babyshima #adanampakmummyhappy #slebew" dan diinspirasikan daripada Citayem Fashion Week.

Perkongsian Baby Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mengkritik dan ada yang terhibur dengan aksi penyanyi itu. Malah, ramai netizen terutama dari Indonesia yang memuji keberanian dan kekebalan Shima berdepan dengan kecaman dari orang ramai.

Terdahulu, Baby Shima mengakui layanan diterima dari netizen Malaysia dan negara seberang berbeza apabila peminat dari Indonesia lebih menghargainya hingga sanggup datang dari jauh untuk ke konsertnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: