01 August 2022

JANGKITAN KUMAN MEREBAK KE SELURUH BADAN - ADIK AINUL MARDHIAH KINI KRITIKAL & TENAT



"Bismillahirahmanirahim. Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni. Mama tak minta banyak. Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni.


"Ainul mula dengan muntah muntah dan cirit birit dalam masa sehari. Hari kedua mama tengok Ainul dah tak bermaya sangat. Sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ni. Terus bawa ke Emergency.

"Doktor buat prosedur dan beritahu rupanya Ainul dah terlalu tenat sebab infection dah ada dekat semua tempat. Mama rasa gagal sebab tak beri perhatian pada Ainul.

Doakan ya semua 😭," demikianlah tulis ibu kepada adik Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi, menerusi Instagram milik beliau sebentar tadi yang memaklumkan anak perempuannya itu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Klik untuk gambar besar



Kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah atau nama penuhnya Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan agak tenat.

Nurul Erwani berkata, Ainul Mardhiah mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

Dalam entri yang lain pula, Nurul Erwani juga sempat memberikan peringatan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memohon doa orang ramai agar diberi kesembuhan pada Ainul Mardhiah.



"Masa ni naik Ambulans ke Emergency. Ingat ya semua. Sekarang ni virus dah dekat mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah je, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi. Virus ni jahat betul kacau anak mama sampai jadi macam ni. Ainul tidur dulu ya sayang, nanti Ainul dah bangun kita main sama-sama lagi," tulisnya lagi.

Terdahulu, adik Ainul Mardhiah telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia berikutan kisah penderitaannya menghidap tumor di bahagian mulut seberat 200gm.

Kisah itu juga turut meraih perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang turut membantu Ainul Mardhiah menjalani pembedahan di London, United Kingdom.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: