18 August 2022

CIUM DAHI PELAWAK INDONESIA - PEMINAT KECAM, KECEWA DENGAN MEERQEEN



Semua sedia maklum mengenai drama 'Melur Untuk Firdaus' dimana penangannya itu bukan saja hangat diperkatakan di Malaysia, malah di negara seberang, Indonesia. Inii kerana ramai yang suka melihat gandingan pelakon Meerqeen dan Anna Jobling.


Ketika ini, pelakon utama drama terbabit berada di Indonesia bagi memenuhi undangan temu bual bersama media, stesen televisyen Trans TV dan sesi bertemu peminat di sana.

Belum lagi reda dengan isu Meerqeen dipeluk peminat wanita, timbul pula isu lain apabila tular satu video memaparkan pelakon 21 tahun itu mencium dahi seorang pelawak Indonesia iaitu Kiky Saputri.

Klik untuk gambar besar



Bukan saja dicium oleh Meerqeen, malah pelawak terbabit turut membalas ciuman tersebut dengan mencium pipi pelakon lelaki berkenaan. Video tersebut yang dimuat naik oleh Kiky sendiri di laman Instagram miliknya kini tular dalam kalangan peminat di aplikasi TikTok.

Seperti sudah dijangka, video tersebut mengundang kecaman netizen yang menghentam tindakan Meerqeen yang seolah tidak menjaga batas sebagai lelaki Muslim.

Tidak kurang juga, ramai peminat Meerqeen ternyata kecewa dengan tindakan pelakon tersebut yang seolah mengalami kejutan populariti. Malah, ada yang berseloroh meminta Meerqeen segera pulang ke Malaysia kerana bimbang akan 'terpesong' jauh.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: