18 August 2022

TUDUNG MIA SARA MAKIN SINGKAT - NETIZEN BIMBANG BERUBAH AKIBAT PENGARUH RAKAN



Nampaknya nama pelakon remaja, Mia Sara Nasuha kembali menjadi bualan ramai di media sosial apabila ramai memperkatakan mengenai penampilan terbarunya.


Menerusi satu video yang dikongsikan Mia di TikTok, gadis itu sedang membuat konten bersama rakannya yang hanya memakai singlet di dalam sebuah bilik.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa bimbang jika pelakon remaja itu akan terikut jejak rakannya ini. Kata netizen, kebanyakan mereka yang memakai tudung pada awalnya akhirnya membuka tudung kerana terikut rakan yang tidak bertudung.

Klik untuk gambar besar



Malah, ada netizen mengatakan mengikut pengalaman mereka pilih kawan yang betul supaya tidak tersilap langkah. Bagaimanapun, ada netizen berpendapat orang luar tidak sepatutnya menghakimi seseorang mengikut luaran sahaja.

Kata netizen lagi, Mia mempunyai hak untuk berkawan dengan sesiapa pun kerana akhirnya diri sendiri yang menentukan mereka akan memilih jalan yang betul atau tidak.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: