19 August 2022

AL-FATIHAH - ABANG UYAINA ARSHAD KEMBALI KE RAHMATULLAH



Inallillahiwainnailaihirojiun.. Mohd Attaful Uzair bin Arshad.. Pulangnya abang sulungku ke negeri abadi.. Bertemu Sang Pencipta.. "Orang baik selalu pergi dulu." Dia tersangat baik. Terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.


"Lepas arwah Baba meninggal, dia jadi ketua keluarga. Dari kecik lagi dia dah set contoh yang baik untuk kami adik2. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama. Dia berjaya dalam pelajaran. Kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan Ummi. Kami adik2 berebut nak berbakti untuk Ummi. Dia baik. Dia pemurah. Dia penyayang.

"Baru je semalam kami berjumpa. Makan sama2. Bersembang macam2. Gelak sama2. Macam2 juga dia pesan.. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu. Rasa tak percaya dia dah tak ada. Terlalu awal dia pergi.. Sama usia dengan arwah Baba sewaktu dia meninggal dunia..

Klik untuk gambar besar



Rasa terlalu perit dan sakit nak diungkap dengan kata2.. Kehilangan seorang insan yang terlalu baik. Kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang..

"Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi Ummi.. Lama dia plan nak sambut birthday Ummi.. Akhirnya, hari lahir Ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya.. Allahuakbar..

Abangku Uzair, Semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair bin Arshad.. Doakan juga kesejahteraan & kekuatan buat isteri & anak2nya..," demikianlah tulis pengacara dan pelakon Uyaina Arshad yang memaklumkan berita duka dimana abang sulungnya, Mohd Attaful Uziar telah meninggal dunia akibat serangan jantung, malam semalam.



Dalam perkongsian di Instagram, Uyaina tidak menyangka abangnya dijemput Ilahi di usia muda. Lebih sebak, hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran ibunya namun diiringi dengan pemergian anak sulungnya.

Uyaina menyifatkan abangnya yang juga seorang doktor di Hospital Angkatan Tentera Tengku Mizan seorang insan yang berhati mulia serta sentiasa menjadi contoh terbaik buat adik-adik.

Menurut suami Uyaina iaitu penyanyi Raja Syahiran, Allahyarham meninggal dunia ketika berbasikal kira-kira jam 9 malam semalam.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: