19 August 2022

JAWI PANGGIL IRA KAZAR



Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), semalam telah memanggil wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar ke pejabat Jawi bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu, baru-baru ini.


Menerusi laporan Harian Metro, kehadiran Ira yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar itu turut ditemani keluarganya. Pihak Jawi ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, Puteri Sarah, 37, memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih kepada suaminya.

Puteri Sarah ketika ditemui di perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.

Klik untuk gambar besar



Menurutnya, tujuan dia membuat tindakan itu adalah untuk mempertahankan maruahnya yang sudah tercalar dan sekian lama didiamkan selain menuntut keadilan dan memperjuangkan haknya sebagai wanita teraniaya.

Jelas Puteri Sarah, ia berkaitan dengan gangguan ketenteraman dirinya (kes sivil) selain menganggu ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah.

Terdahulu, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap 'dingin'. Syamsul juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: