04 August 2022

"DIA SAHABAT SAYA, BIARLAH DIA HENDAK CAKAP APA... KENAPA NAK 'BOGELKAN' " - SHAHROL SHIRO



Pelawak Shahrol Shiro nampaknya terus dihujani dengan pertanyaan peminat berkenaan isu yang berlaku di antaranya dengan Ajak Shiro gara-gara berbalas komen dengan penyampai radio Suria FM itu sebelum ini.


Enggan memanjangkan isu tersebut dengan lebih banyak pertanyaan, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 37, menggelar Ajak sebagai sahabat paling rapat dan disayanginya.

"Dia sahabat saya. Biarlah dia hendak cakap apa. Dialah sahabat yang saya sayang dan baik dengan saya. Sebarkanlah perkara positif dan bukan negatif," kata Shahrol dalam satu sesi live di laman sosial miliknya pada Rabu ketika mempromosikan sebuah festival di Johor Bahru.

Sementara itu, Shahrol turut menjelaskan tindakannya memadam semua komen-komen di laman sosial sebelum ini berhubung isu itu: "Kenapa nak 'bogelkan'. Katanya mahu harmoni," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Shahrol menerusi satu hantaran di Instagram mendakwa pihak pengurusan stesen radio Suria FM bersikap tidak profesional susulan tindakan bekas penyampai, Fizi Ali membuat keputusan beralih angin ke Hot FM.

Perkongsian tersebut turut mendapat maklum balas Ajak yang menyifatkan ia berat sebelah. Menjawab di ruangan komen, Ajak turut mendedahkan dia pernah menangguhkan tawaran sebagai penyampai radio Suria FM kerana memikirkan persahabatan bersama Shahrol.

Ketika itu kata Ajak, dia turut meminta pihak pengurusan stesen itu tidak meneruskan tindakan saman terhadap Shahrol kerana isu dalaman. Komen balas antara Ajak dan Shahrol turut menimbulkan persoalan ramai tentang hubungan mereka memandangkan kedua-duanya pernah bergabung sebelum ini dalam kumpulan Shiro.



Dalam masa sama, kata 'sahabat' turut menjadi perhatian ramai apabila kedua-dua mereka menggunakan panggilan tersebut apabila menjawab komen di Instagram.

Kini sedang sibuk menguruskan 'booth' karnival jualan untuk peniaga-peniaga tempatan, Shahrol berkata dia tidak sempat untuk meneliti media sosial mengenai isu tersebut.

Shahrol juga turut meminta orang ramai agar tidak memanjangkan cerita dan lebih 'chill' memandangkan cerita itu masih panas dan diperkatakan netizen.

"Terima kasih, chill semua. Sebarkan yang positif dan elakkan yang negatif. Kenapa sebut hal ni dan nak berpecah belah?" katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: