04 August 2022

DIKRITIK MUAT NAIK FOTO 'FREEHAIR' - INI BALAS ISTERI CAPRICE



Penyanyi rap Caprice baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa gembira dengan penampilan terbaru isterinya, Farra Inalis yang kini tampil berhijab dan lebih menutup aurat.


Farra mendapat pujian ramai selepas dia tampil mengenakan hijab. Ramai yang suka melihat perubahan itu apatah lagi Farra sebelum ini sering mendapat perhatian dan kritikan di TikTok kerana video tariannya.

Caprice atau mesra dipanggil Cap oleh pengikutnya di media sosial juga turut dipuji kerana dikatakan berjaya mendidik isterinya untuk menutup aurat.

Klik untuk gambar besar



Namun, baru sahaja memuat naik gambar berhijab Julai lalu, ibu kepada seorang cahaya mata itu membuatkan ramai terkejut apabila foto terbarunya di Instagram menunjukkannya tidak bertudung semula.

Tidak pasti jika ia merupakan gambar lama namun foto-foto tersebut mengundang komen kurang enak daripada segelintir netizen. Beberapa pengguna Instagram dilihat mengkritik Farra kerana baru sahaja dipuji sudah bertudung namun kini kembali mendedahkan auratnya.

Farra bagaimanapun membalas komen tersebut dan menemplak salah seorang netizen yang memberikan komen pada gambarnya. Dia meminta lelaki tersebut bertenang dan tidak membesarkan isu terbabit selain memerli untuk membeli kopi ais bagi menyejukkan hati individu yang panas melihat gambarnya itu.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: