04 August 2022

DIKEJARKAN KE HOSPITAL - AKO MUSTAPHA KINI DIRAWAT DI BAHAGIAN KECEMASAN



"Assalamualaikum... mohon doakan suami saya, Ako Mustapha. Sekarang ini dia berada di ruangan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur. Semoga dengan doa-doa kalian mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga dan diberikan kesembuhan buat suami saya... Amin ya rabbal alamin," tulis isteri pelakon Ako Mustapha, Kartina Shuaib, mengenai keadaan mengenai suaminya.


Ako dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan kini di rawat di bahagian kecemasan. Hal tersebut dikhabarkan oleh isterinya menerusi kemas kini terkini yang di kongsikan di akaun Instagram milik Ako.

Bagaimanapun, Tina tidak memperincikan dengan lebih lanjut sebab atau alasan kemasukan Ako di hospital. Usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Tina juga tidak berhasil.

Terdahulu pada Februari, Ako menerusi kemas kini Instagram memberitahu yang dia positif C0V1D. Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: