02 August 2022

FRANCISSCA PETER & SITI FAIRUS DIKURNIAKAN GELARAN DATUK



Bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63, Sultan Pahang, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin, dua penyanyi era 80-an iaitu Francissca Peter dan Siti Fairus telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.


Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan istiadat penganugerahan itu di Istana Abu Bakar di Pekan.

Selain Francissca dan Siti Fairus, ketua Jurulatih Bola Sepak Pahang, Dollah Salleh, Jurulatih Bola Sepak, Zainal Abidin Hassan turut bersama-sama 24 penerima lain menerima gelaran sama.

Seramai 99 individu telah dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: