02 August 2022

"TAK FAHAM KENAPA NAK JATUHKAN... MAK WAN TU TAKDA DUIT, TAKDA HARTA" - DIDIE ALIAS



"Saya ada hubungi Mak Wan selepas dia ke mahkamah tempoh hari. Menerusi panggilan itu juga dia masih tidak mengaku bersalah untuk menjaga maruah dan reputasinya. Saya faham kenapa dia berbuat demikian. Memang ada sembilan saksi daripada pihak sana, tetapi adakah mereka sediakan bukti yang mengatakan Mak Wan meludah pembantu peribadinya itu?


"Besar sangat ke isu ini untuk dipanjangkan? Sedangkan menghina Islam pun dijamin RM40,000 dan lepas tau. Jadi, adakah benda ni isu besar? Tak tahulah pihak sebelah sana tak puas hati ke sebab saya tak pergi berjumpa dengannya? Itu saya tak pasti.

"Saya pun tak faham kenapa dia nak jatuhkan Mak Wan. Mak Wan tu bukan level artis popular yang kau nak jatuhkan. Hentikanlah benda mengarut ni. Bukan saya nak raih simpati sebab saya hanya jadi pendengar dan penasihat sahaja.

Klik untuk gambar besar



"Apa yang dia akan dapat kalau lawan kes ni? Mak Wan tu takda duit, takda harta. Dia hanya ada kasih sayang untuk anak-anak dia sahaja. Tak payahlah buat orang tua tu sampai terduduk ke tanah," demikianlah kata pelakon Didie Alias yang tampil mempertahankan pelakon veteran Mak Wan Latah, atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd. Daud, 61, yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meludah pembantu peribadinya.

Menurut Didie, dia sendiri tidak faham mengapakah pihak sebelah sana masih mahu meneruskan tindakan undang-undang kepada Mak Wan, walaupun isu berkenaan bukanlah satu isu yang besar.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: