02 August 2022

"BERTUDUNG LABUH, TIDAK MENJAMIN BELIAU SEORANG YANG MENJAGA TEPI KAIN ORANG" - SHARNAAZ



Rumah tangga kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila usahawan itu memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di laman Instagram.


Perkara itu sekaligus menimbulkan tanda-tanya netizen mengenai status rumah tangga pasangan itu dimana ia bukan kali pertama diperkatakan. Bagaimapaun, susulan kontroversi itu ada netizen yang cuba menjodohkan semula Nabila dengan bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menerusi satu perkongsian oleh individu itu, ia berikutan tindakan Nabila sebelum ini yang mempertahankan bapa kepada anaknya yang terpalit dengan dakwaan memukul seorang penghuni di kondominium baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian individu itu mendapat perhatian Sharnaaz yang memberikan respon dengan mengatakan tindakan wanita itu tidak seiring dengan penampilanya yang bertudung labuh.

Bukan kali pertama perkara ini diperkatakan, sebelum ini timbul khabar angin mengatakan rumah tangga Nabila dan suaminya bermasalah. Bagaimanapun, Nabila menafikan dakwaan tesebut serta mengatakan rumah tangga mereka baik-baik sahaja serta usahawan itu memilih untuk menjaga privasi perkahwinan mereka.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: