02 August 2022

BAPA: "BANGUN KAKAK, LAWAN SEPERTI SELALU" - DR AMALINA: "YOU CAN DO IT AGAIN! KEEP FIGHTING SAYANG!"



Semua sedia maklum mengenai keadaan Adik Ainul Mardhiah yang ketika ini berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) sebuah hospital. Difahamkan, adik Ainul Mardhiah yang kini sedang tidur itu terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas virus dikesan sudah merebak ke hampir seluruh tubuhnya.


Kanak-kanak yang sebelum ini kisahnya tular dan selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam mulut itu sedang melawan serangan virus berkenaan. Isu kesihatan adik Ainul Mardhiah terkini dikongsikan bapanya iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menerusi akaun Facebook miliknya.

"Bangun dan lawan, kakak. Walid dan mama sayang kakak, kami tunggu kakak bangun, lawan dan menang seperti selalu. Mohon doakan Ainul Mardhiah kami bangkit melawan serangan yang agak teruk kali ni.

"Ainul dirawat di PICU sekarang, perlukan bantuan ventilator. Doakan juga Allah swt bimbing, berikan jalan dan mudahkan urusan doktor dan jururawat yang sedang merawat Ainul sekarang," kata Ahmad Safiuddin.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, pelatih pakar bedah yang pernah terbabit dalam pembedahan kanak-kanak itu di Londan, England tiga tahun lalu iaitu Dr Amalina Che Bakri menerusi hantaran di laman Twitter itu, memaklumkan bahawa beliau baru sahaja mendapat khabar berita tersebut daripada ibu Ainul Mardhiah.

Selain itu, beliau turut meminta orang ramai untuk sama-sama mendoakan kesihatan adik Ainul Mardhiah agar dia mendapat kesembuhan dengan kadar segera.

"Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! InsyAllah," tulisnya.

Dalam perkembangan terbaharu, ibu Ainul memaklumkan anaknya kini berada dalam keadaan stabil dan mula meminum susu selepas dua hari berpuasa walaupun masih belum sedar memandangkan ubat tidur yang masih memberikan kesan.



Sebelum ini, adik Ainul Mardhiah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus. Ibunya, Nurul Erwani Zaidi memaklumkan, anak perempuannya itu kini ditempatkan di PICU sebuah hospital yang tidak didedahkan kepada umum.

Terdahulu, adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan 'Germ Cell Tumour' seberat 200 gram di mulutnya selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di London, United Kingdom pada 2019 ketika berusia sembilan bulan.

Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: