03 August 2022

MENGAKU SILAP TINGGALKAN SURIA FM KETIKA KONTRAK - FIZI ALI AKUI BERHIJRAH BUKAN SEBAB DUIT



"Saya akui tinggalkan Suria secara mengejut adalah satu kesilapan. Sebelum berpindah saya dah minta maaf kepada semua dan mohon restu untuk mulakan tugas di tempat baharu. Saya tidak pergi begitu sahaja. Syukur masing-masing merestui penghijrahan saya dan anggap isu tersebut telah selesai.


"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu. Cuma saya mahu berterima kasih kepada majikan lama. Saya sayang mereka. Suria FM yang memperkenalkan nama saya kepada pendengar. Saya tidak pasti jika pihak sana masih lagi terkilan.

"Apa yang pasti, saya sudah pun meminta maaf pada semua. Sepatutnya tidak perlu ada apa-apa isu," itulah kata Fizi Ali yang berkata dia sudah membuat permohonan maaf kepada semua rakan penyampai di Suria dan enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya meninggalkan stesen radio itu.

Semalam, hangat diperkatakan apabila Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin terkilan dengan bekas penyampainya itu membuat keputusan untuk berhijrah ke stesen radio lain pada saat-saat akhir.

Klik untuk gambar besar



Fizi berkata dia sudah membuat permohonan maaf kepada semua rakan penyampai di Suria dan enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya meninggalkan stesen radio itu.

Dalam pada itu, Fizi mengakui kesilapannya membuat keputusan meninggalkan Suria FM secara mengejut serta menganggap isu tersebut sudah pun selesai.

Menurut Fizi lagi, dia berhijrah ke stesen radio Hot FM bukan kerana wang semata-mata namun mahu mengembangkan potensi kerjanya sebagai seorang pengacara pula.

"Kalau kata saya seorang yang tidak setia, saya tidak akan kekal selama enam tahun di sana (Suria FM). Saya berhijrah bukan disebabkan bayaran semata-mata, tetapi kerana banyak peluang yang ditawarkan untuk serlahkan lagi nama Fizi Ali. Perkara itu yang membuatkan saya tekad untuk berpindah kerja," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: