03 August 2022

DEDAH SUDAH BERTUNANG - AZRI ISKANDAR AKUI KINI DALAM FASA GEMBIRA



Pelakon Azri Iskandar baru-baru ini telah mengesahkan pada 29 Jun lalu, dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya, Dr Azra Diera, di Kangar, Perlis. Azri berkata dia kini dalam fasa bahagia selepas mengikat tali pertunangan serta merancang untuk berkahwin.


"Perancangan nak kahwin mestilah jadi. Kami sedang dalam fasa gembira sebagai pasangan yang sudah bertunang sekarang. Kami bertunang pada 29 Jun lalu di kediaman keluarga Azra di Kangar, Perlis.

"Kami akan bernikah di Kangar juga dan majlis di sini pun ada. Cuma, tarikh saja belum ada lagi. Mungkin masa cuti sekolah akan datang, insya-Allah," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai dakwaan mengatakan dirinya terkena 'love scam', Azri menafikannya serta menyifatkan mereka yang beranggapan demikian mempunyai hati tidak baik.

"Kepala otak mereka yang ada elemen scam. Hati tak baik, boleh 'blah'," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Azri memohon maaf kerana masih tidak boleh berkongsikan gambar pertunangannya atas permintaan keluarga Ara.

"Maaf, Ara (Azra) dan keluarga tak izinkan. Tunggu kami kahwin saja," katanya.

Untuk makluman, Azri pernah mendirikan rumah tanggan bersama pelakon Ellie Suriat, sebelum sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13. Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: