25 August 2022

HUBUNGAN DENGAN ADIK RODY KRISTAL - EWAL AKUI SUDAH BERAKHIR, BELUM BINCANG DENGAN KELUARGA MAHU PUTUS TUNANG



"Menamatkan hubungan ini adalah sebagai jalan terbaik namun hal ini bersangkut paut dengan keluarga. Jujurnya keputusan ini sangat berat kerana kami berdua bukan kenal setahun dua tetapi sudah berkawan sejak berusia 12 tahun," jelas penyanyi Ewal yang mendedahkan hubungan cinta bersama Nur Syuhada Baharuddin sudah berakhir dan memutuskan untuk menamatkan ikatan pertunangan di antara mereka.


Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail, 30, berkata, buat masa ini perkara itu masih belum mendapat kata putus daripada keluarga kedua-dua belah pihak memandangkan dia sendiri tidak menyuarakan hasrat terbabit kepada mereka.

Bagaimanapun kata Ewal, sebagai lelaki dia akan membuat keputusan sama ada meneruskan ikatan tersebut mahupun sebaliknya. Namun begitu, Ewal tidak menjelaskan secara terperinci mengenai punca dia ingin meleraikan ikatan pertunangan berkenaan.

"Apa yang boleh saya katakan, saya single sekarang. Bukan kata saya tak mampu berdepan dengan ikatan pertunangan dan perkahwinan tetapi pada saya aturan Tuhan itu lebih cantik. Meskipun tiada sebarang kata putus rasmi tetapi secara perlahan-lahan, kami masing-masing sudah bawa haluan sendiri," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, vokalis kumpulan Kristal itu tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodoh dengan Nur Syuhada suat hari nanti kerana perkara itu bukan terletak di tangannya.

"Saya tidak berani nak cakap macam mana, kalau Allah terbalikkan hati saya kata hendak kahwin dan bertemu jodoh dengan Nur Syuhada. Buat masa ini saya tak pasti tetapi jika ada jodoh saya tidak menolak," katanya.

Sementara itu, Ewal menjelaskan hubungannya dengan Rody tidak terjejas meskipun mengambil keputusan memutuskan ikatan pertunangan dengan adik gitaris kumpulan Kristal tersebut.

"Kami bekerja secara profesional dan sudah saling berbincang. Saya tiada masalah atau perkara ini memberi kesan kepada Kristal. Kami ada berjumpa," tutur Ewal yang mengikat tali pertunangan dengan Nur Syuhada, 34, pada 2021 dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri ahli keluarga terdekat.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: