25 August 2022

"SAKINAH SUKA 'BUAT ONAR'... RASA MACAM ATTENTION SEEKER" - SHARIFAH SHAHIRAH



"Saya rasa dalam yang kritik, ada juga yang suka dengan personalitinya. Dia pula suka 'buat onar' kemudian dia akan mediamkan diri. Rasa rasa macam attention seeker. Ada orang yang begitu. Macam… tak kisah ada orang suka atau tak, tapi dia memang suka diberikan perhatian juga.


"Katalah kalau dia botak sekali pun, saya sendiri pernah warnakan rambut warna merah, pernah juga hampir botak," ujar pelakon Sharifah Shahirah yang menyifatkan adiknya, selebriti sensasi, Sharifah Sakinah sebagai individu yang suka mencuri perhatian.

Terdahulu, Sakinah atau lebih mesra dipanggil Kinah sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila menampilkan imej baru dengan berambut botak di laman Instagram miliknya.

Menurut Shahirah yang mesra disapa Shiera, sebagai kakak dia tidak mengambil perkara itu sebagai suatu hal yang serius kerana lebih mengenali adik sendiri.

Klik untuk gambar besar



Jelasnya lagi, orang-orang begini kadang-kala akan berasa marah jika tidak dipeduli oleh netizen, jadi kalau dia rasa senyap, dia mesti akan membuat sesuatu untuk diambil peduli orang.

Namun, Shiera tidak menafikan bahawa adiknya merupakan anak yang baik terutamanya dalam hal melibatkan keluarga. Dalam pada itu, Shiera memaklumkan bahawa dia langsung tidak kisah tentang apa yang orang katakan dan tidak mahu balas apa-apa mengenai kritikan tersebut.

"Kinah anak yang cukup baik. Rezekinya pun murah sebab dia jaga mak, keluarga. Dia dulu yang akan bagi mak duit, bukan adik-beradik lain. Katalah kalau dia botak sekali pun, saya sendiri pernah warnakan rambut warna merah, pernah juga hampir botak," katanya.

Tambahnya lagi, pengakhirannya bukan manusia yang akan adili, tetapi Allah SWT dan Kinah juga bukanlah melakukan perkara tidak baik seperti mencuri, sakitkan hati orang atau sebaginya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: