Menerusi laman Twitter pada Khamis, pelakon Remy Ishak telah memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris kini sedang kritikal di Hospital Besar Melaka. Dalam ciapan tersebut, Remy memberitahu ibunya itu masih dirawat dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan ibunya.
"Emak saya sedang kritikal di Hospital besar Melaka. Mohon jasa baik semua mendoakan untuk emak saya Basrah Md Deris," ciapnya.
Perkongsian Remy itu mendapat perhatian warganet dan peminat setianya yang turut sama mendoakan agar diberikan kesembuhan.
"Semoga dipermudahkan semuanya, semoga kembali sembuh," tulis Redza Minhat.
Klik untuk gambar besar
"Allahu, semoga dikurniakan kesembuhan untuk ibu Remy dan kesabaran untuk Remy sekeluarga," tambah pengguna lain.
"Semoga diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa bersama keluarga tersayang," tulis pengguna lain lagi.
Sekitar 2018, hasrat pelakon filem 'Sanggar' itu untuk membawa ibunya bercuti ke luar negara terpaksa dilupakan apabila ibunya dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung bengkak.
________________________
No comments:
Post a Comment