26 August 2022

"TAK NAK BERGADUH... SAYA PERGI INDONESIA DEMI ABANG YAYAN RUHIAN..." - SYAMSUL YUSOF ENGGAN MASUK CAMPUR ISU ADI PUTRA



Semua sedia mengetahui mengenai konflik yang melanda di antara aktor Datuk Adi Putra dengan penerbit filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan'Studio Kembara. Berhubung hal berkenaan, pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof mengakui enggan masuk campur dalam konflik itu.


Menurut Syamsul, 38, dia sebaliknya lebih memberikan fokus terhadap filem 'Mat Kilau' yang bakal menjengah 200 pawagam di Indonesia bermula 31 Ogos ini.

"Saya tak nak bergaduh. Kenyataan saya ialah saya pergi Indonesia kerana demi abang Yayan Ruhian sebabnya saya amat menghargai kesungguhannya terhadap filem ini. Tengoklah berapa kali dia datang Kuala Lumpur demi Mat Kilau. Dia sendiri yang mesej saya beritahu Indonesia menanti saya.

Klik untuk gambar besar



"Bukan saja Adi Putra, malah saya juga terkejut apabila Johan As'ari tidak ke Indonesia sedangkan hubungannya dengan kakitangan penerbit sangat akrab. Tak tahulah saya," kata Syamsul.

Syamsul terbang ke Indonesia pada Khamis bagi tujuan promosi naskhah tersebut kepada penonton di negara jiran.

"Saya ke sana pada Khamis manakala pratonton akan diadakan pada Jumaat. Saya akan pulang ke Malaysia semula pada Sabtu. Bukan mudah sebenarnya nak masuk ke sana. Saya nak guna kesempatan ini dengan berjumpa pengarah dan penerbit di sana. Mereka pun pelik macam mana Mat Kilau boleh meledak sebegini hebat di Malaysia," jelasnya lagi.



Sebelum ini, pelakon utama 'Mat Kilau', Adi melahirkan perasaan terkilan di atas terhadap pihak penerbit gara-gara tidak menjawab panggilan yang dibuat olehnya sehingga menyebabkan pelakon kelahiran Singapura itu mengambil keputusan enggan terlibat dalam sebarang aktiviti promosi di Indonesia. Walaupun sudah beberapa kali dihubungi wakil penerbit, namun Adi tetap dengan keputusannya itu.

Selain Adi, Johan yang membawakan watak Yasin juga tidak akan ke Indonesia selepas pihak penerbit didakwa telah menggugurkan namanya dalam aktiviti promosi di sana.

Johan menjelaskan sebelum ini dia tidak pernah memberitahu enggan menyertai promosi ke sana sebaliknya menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Adi, dia hanya menyatakan rasa berat hati sekiranya Adi tidak mahu ikut serta.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: