26 August 2022

MIA SARA KENA HENTAM TERKINJA-KINJA MENARI DI TIKTOK: "DULU KEMAIN CAKAP PUTERI BALQIS TERUK..."



Nama pelakon remaja, Mia Sara sejak beberapa minggu yang lalu menjadi perbualan orang ramai kerana kebanyakkan rasa kecewa dengan imej yang sekarang dipaparkan olehnya di platform media sosial.


Mia yang kini terlihat sangat aktif di TikTok sering melakukan konten-konten trending ataupun menari bersama rakan-rakannya yang lain.

Jika dahulu, netizen memandang gadis terbabit sebagai seorang yang sopan serta menjaga batasan pergaulan, tetapi sekarang ramai merasakan Mia terpengaruh dengan rakan sebayanya.

Lagi membuatkan netizen berasa kurang senang dengan perwatakannya ketika ini apabila Mia sebelum ini pernah mengatakan pelakon remaja, Puteri Balqis tidak dibesarkan dengan keluarga yang beragama sebab itu imejnya seperti itu.

Klik untuk gambar besar



"Dulu mengata Puteri Balqis teruk, sekarang dia pula," kata netizen.

Tetapi sekarang ini, netizen mendakwa apa yang diperkatakan oleh Mia seakan-akan 'berbalik' kepada dirinya semula apabila pelakon terbabit sebelum ini terlihat sering memakai tudung yang menutup dada ataupun labuh tetapi sekarang ini terkinja-kinja pula.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: