26 August 2022

BILA WAK DOYOK TOLAK TEPI KERETANYA YANG DILANGGAR DEMI TOLONG 'FOOD RIDER'



"Berlaku satu tragedi petang tadi waktu puncak. Kereta aku dilanggar oleh rider grab dari arah belakang berhadapan Sg Wang Plaza, Bukit Bintan. Kereta aku teruklah jugak. Tapi takpe lah. Lagi teruk adik rider tu motor dia rosak teruk tangan dia luka-luka dan terseliuh bahunya.


"Jadi aku settlekan semua semoga dia sihat kembali dan bekerja mencari rezeki. Hati-hati di jalan raya 😊," tulis personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok menerusi laman Instagram miliknya dimana dia mendedahkan dirinya terlibat kemalangan bersama seorang penghantar makanan bermotorsikal (food rider) pada Khamis.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Mohd Nor menjelaskan, insiden berlaku apabila food rider terbabit dipercayai melanggar kereta yang dinaiki dari arah belakang.

Klik untuk gambar besar



Meski keadaan keretanya agak teruk, Wak Doyok bagaimanapun mengambil pendekatan untuk membantu food rider terbabit yang mengalami kecederaan susulan kemalangan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Wak Doyok selain mendoakan agar dirinya terus dimurahkan rezeki.

Perkongsian sama turut dikongsikan pelakon filem 'Abang Long Fadil 3' ini menerusi Insta Stories selain memuat naik tangkap layar perbualannya bersama food rider tersebut yang memohon maaf atas khilaf.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: