26 August 2022

ATAS JEMPUTAN PIHAK LAIN - AKHIRNYA ADI PUTRA & JOHAN AS'ARI TIBA DI INDONESIA BAGI PROMOSI 'MAT KILAU'



"Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas. Kami baru saja tiba di sini. Sudah tentu bukan daripada mereka (pihak penerbitan)," kata pelakon Adi Putra menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram.


Dalam video berkenaan, Adi yang tiba di Jakarta, Indonesia pada Jumaat bersama pelakon Johan As'ari bagi promosi filem 'Mat Kilau' atas jemputan Finas dan wakil pengedar di Indonesia itu berharap filem yang bakal ditayangkan di negara seberang itu bermula 31 Ogos ini diterima baik penonton di sana.

Adi, 41, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana dijemput oleh wakil pengedar filem berkenaan di Indonesia iaitu CBI Pictures, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan rakan pelakon, Yayan Ruhian.

"Semoga dipermudahkan kepada seluruh warga Indonesia, memberikan sambutan baik dan menerima dengan terbuka filem ini. Allah Maha Kaya. Kebangkitan pahlawan, kebangkitan pejuang, kebangkitan kebenaran dan taat pada yang satu," ujarnya.

Sebelum ini, timbul salah faham antara Adi dan pihak Kembara Studio apabila dia gagal menghubungi wakil penerbit sehingga menyebabkan pelakon berkenaan mengambil keputusan untuk tidak hadir ke Jakarta bagi mempromosikan filem tersebut.

Klik untuk gambar besar



Adi bagaimanapun mendedahkan ada menerima 11 panggilan balas dari wakil syarikat penerbit namun dia mengambil keputusan untuk tidak menjawabnya kerana masih berasa terkilan.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Adi memberitahu dia nekad dengan keputusan enggan menyertai kumpulan promosi filem arahan Syamsul Yusof itu melainkan mendapat jemputan dari pihak pengedar Indonesia.

Menerusi satu komen balas di Instagram sebelum ini juga, Johan As'ari turut berasa berat hati untuk terlibat dalam program promosi di sana.

Memberi respons terhadap luahan Adi, pihak Kembara Studio memaklumkan panggilan pelakon tersebut tidak dijawab kerana mereka berada dalam mesyuarat dan tidak tahu punca Adi bertindak memuat naik status dan punca kemarahannya sebelum ini. 



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: