"INI CONTOH MAJLIS PERASMIAN PRODUK WONDER SUIT BY JOVIAN YANG TAK PERLU MISS DIVA NAK BERGELEK .. WALAU DIBAYAR RATUSAN RIBU & DILANTIK SEBAGAI DUTA .. INI PUN SALAH SATU PUNCA REZEKI MISS DIVA.. NANTI ADA POLITA*K AGAMA CAKAP INI PUN HARAM JUGAK MENGUNDANG DOSA BESAR !! 🤣🤣
"SYUKUR ALHAMDULILLAH REZEKI YANG TAK PUTUS2 SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT ❤️.. AAMIN YA RABBAL ALAMIN 🤲. Miss Diva kongsikan Pelancaran @wondersuitofficial untuk product terbaru Miss Diva dan @jmandagie! #IfaRaziahWonderSuit #WonderSuitbyJovian," tulis pPenyanyi dan pelakon sensasi, Ifa Raziah menerusi laman Instagram miliknya.
Ifa difahamkan telah berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal iaitu Jovian Mandagie secara eksklusif bagi produk terbaru iaitu korset yang dikenali sebagai Wonder Suit By Jovian.
Klik untuk gambar besar
Perkara tersebut turut diuar-uarkan selebriti itu apabila dia ada memuat naik video yang memaparkan momen-momen pelancaran produk korset itu di media sosial untuk tatapan peminat di luar sana.
Sempat berseloroh, Ifa berkata dia tidak perlu untuk bergelek dalam majlis pelancaran berkenaan meskipun dibayar ratusan ribu ringgit dan dilantik sebagai duta.
Jelasnya lagi, dibayar untuk menjadi duta itu merupakan salah satu rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T kepadanya namun dia tetap berasa bimbang kerana mungkin ada di luar sana yang menganggap pekerjaannya itu adalah haram dan mengundang dosa besar.
Namun tidak dapat dipastikan pula kepada siapa status itu ditujukan dan netizen di ruangan komen dilihat terus menerus memberikan sokongan kepada penyanyi dangdut itu.
Dalam pada itu, ada juga peminat yang tampil memuji penampilan Ifa yang dilihat lebih ramping dan langsing setelah mengenakan korset pada malam pelancaran produk itu.
Terdahulu, nama Ifa Raziah disebut-sebut netizen berikutan kontroversi yang melanda dirinya setelah dia dilihat bergelek 'tak ingat dunia' di sebuah majlis akikah. Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian beberapa pendakwa yang tampil memberi teguran secara terbuka buat dirinya di media sosial.
________________________
No comments:
Post a Comment